BM | EN | 中文

Poster MB Selangor tegur Ebit Lew palsu, wartawan lapor SKMM

poster-palsu-MB-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 20 OKT: Dato’ Menteri Besar memaklumkan tangkap layar laporan portal berita MalaysiaKini yang tular hari ini berhubung kenyataannya kepada seorang pendakwah bebas adalah tidak benar.

“Kenyataan berikut adalah palsu. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penafian juga telah dibuat oleh wartawan Malaysiakini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter hari ini.

Laporan berita bertajuk ‘Air Selangor: Situasi terkawal, Ebit Lew jangan berlagak baik- MB’ menjadi bualan warga maya susulan masalah bekalan air di negeri ini dan tindakan pendakwah tersebut mengagihkannya kepada orang ramai.

Advertisement

Media Selangor melaporkan, wartawan yang tertera namanya pada tangkap layar berkenaan, Aidila Razak menafikan ada menulis laporan berkenaan.

Menerusi Twitter, beliau memaklumkan sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top