BM | EN | 中文

Poster Anwar dibakar, jangan tindak balas, kata PKR Johor

Poster-Anwar-kena-bakar.jpg
Advertisement

KULAI, 7 MAC: PKR mengecam pihak tidak dikenali kerana membakar gambar presiden parti itu, Anwar Ibrahim yang dipaparkan pada poster piihan raya di kerusi DUN Bukit Batu, Johor.

Calon PKR Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern berkata tindakan itu mencemarkan kempen pilihan raya negeri Johor.

“Kepada sesiapa yang melakukan provokasi ini, marilah kita bertanding secara sihat dan membolehkan proses demokrasi berjalan dengan aman.

Advertisement

“Rakyat Johor adalah orang yang matang dan mereka tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk,” kata Chiong, lapor Malaysiakini.

Chiong, yang berdepan tiga lagi pencabar di Bukit Batu, menggesa penyokongnya supaya tidak bertindak balas.

Pada PRN itu, Chiong dicabar Lee Ming Wen dari Warisan, Tan Heng Choon dari Perikatan Nasional (PN) dan S Suppayah dari BN.

Advertisement

PN juga mendakwa berlaku kerosakan pada poster pilihan raya yang dinaikkan gabungan itu sepanjang minggu lalu.

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan berkata, papan iklan turut ditumbangkan di kerusi DUN Tiram dan Buloh Kasap.

Muhammad menggesa pihak polis mengambil tindakan segera berhubung kejadian itu.

Advertisement

“Kami mahu supaya pendakwaan dan hukuman turut dilakukan segera dalam tempoh kempen PRN Johor sekarang supaya memberi iktibar kepada semua penyokong mahupun kepemimpinan parti lain,” katanya.

Muhammad juga menyeru semua pihak yang terlibat dalam PRN Johor memastikan persekitaran politik yang bersih, matang dan profesional.

Kempen pilihan raya Johor bermula pada 26 Feb dan akan keluar mengundi pada 12 Mac.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

scroll to top