BM | EN | 中文

Pos Malaysia lancar setem khas peringati 125 tahun penubuhan kerajaan Johor

Setem-khas-memperingati-125-tahun-penubuhan-Kerajaan-Negeri-Johor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Bersempena Ulang Tahun ke-125 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, Pos Malaysia melancarkan setem edisi khas yang memaparkan potret Sultan Johor Almarhum Sultan Abu Bakar, mohor diraja dan sebahagian gambar undang-undang kerajaan negeri yang asalnya ditulis dalam tulisan Jawi.

Ketua Kumpulan Pengurusan Saluran dan Pengalaman Pelanggan Pos Malaysia Berhad Azmil Othman Merican berkata syarikat itu berbesar hati untuk mengeluarkan siri setem edisi khas yang memperingati pemasyhuran undang-udang bertulis pertama di Tanah Melayu.

“Harapan kami bahawa penerbitan ini akan mengekalkan peristiwa bersejarah berkenaan dan berfungsi sebagai platform untuk mendidik generasi muda mengenai sejarah dan warisan negara kita,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Selain setem, koleksi itu akan turut dilengkapi dengan Lembaran Mini (MS) yang memberi penghormatan kepada warisan raja-raja Johor dengan menampilkan wajah DYMM Sultan Sir Abu Bakar, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur, Sultan Ismail, Sultan Iskandar dan terbaharu Sultan Ibrahim Ismail.

Azmil Othman berkata siri setem tersebut boleh dibeli mulai esok di laman web e-dagang Pos Malaysia di www.pos.com.my/shop, 13 Pejabat Pos Am dan pejabat pos terpilih di seluruh negara.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pos Malaysia menggalakkan pelanggan untuk membeli koleksi setem baharu melalui kedai e-dagang Pos Malaysia di https://www.pos.com.my/shop/products/stamps. html.

Advertisement

Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia di talian 03-22672267 atau e-mel ke filateli@pos.com.my.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top