BM | EN | 中文

Pos Malaysia di Johor terima 50,000 item sehari

pos-malaysia-poslaju.jpg

Gambar Hiasan / Ehsan themalaysianreserve.com - Razak Ghazali

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUN: Menurut data dan statistik yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia, sebanyak 50,000 item diterima sehari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan dalam kemaskini situasi semasa kes COVID-19 Johor hari ini.

“Keseluruhan item terbabit diterima di sembilan buah pejabat Pos Laju di bawah kawalan Pos Malaysia Johor,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya.

Advertisement

Sementara itu beliau memaklumkan, operasi bagi Pos Malaysia dijalankan seperti biasa sepanjang PKPB iaitu bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Manakala perkhidmatan lain seperti urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kiriman wang, wang pos dan perkhidmatan lain tidak berubah.

“Kaunter penerimaan dan operasi penghantaran barang juga diteruskan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

“Pos Malaysia juga turut mengamalkan norma baharu dengan sebahagian pekerja bekerja di rumah,” tambah beliau.

Dalam pada itu katanya, pelanggan yang hadir ke premis Pos Malaysia perlu mendaftarkan butiran diri sebelum dibenarkan berurusan di kaunter.

Pos Malaysia turut mengambil dan merekod suhu pelanggan dan menyediakan cecair pembasmi kuman manakala barisan menunggu dan tempat duduk khas juga disediakan mengikut amalan penjarakan sosial.

Advertisement

Tambah beliau lagi, bagi penghantaran barangan, pelanggan tidak perlu tandatangan sebagai bukti penerimaan, dengan hanya nama dan nombor kad pengenalan sahaja diminta sebagai bukti penghantaran.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top