BM | EN | 中文

Portal Malaysia Gazette salah lapor fakta DUN Pulai Sebatang

taqiuddin-pulai-sebatang.png

KLUANG, 5 MAC: Bekas Adun Pulai Sebatang, Muhamad Taqiuddin Cheman menggesa agar Malaysia Gazette membetulkan poster yang tersiar di laman Facebook portal berita itu mengenai fakta mantan Adun kawasan tersebut.

Menurut Taqiuddin, di dalam poster tersebut menunjukkan bahawa parti penyandang kawasan DUN Pulai Sebatang dan dirinya dinyatakan mewakili Perikatan Nasional.

Sedangkan parti yang memenangi pilihanraya umum ke-14 di DUN N54 Pulai Sebatang adalah dari Pakatan Harapan yang sebelum ini menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat.

“Sehingga hari ini, portal tersebut masih belum membetulkan laporan.

“Saya menggesa agar Malaysia Gazette membetulkan laporan mereka.

“Ini kerana dibimbangi pengundi akan terkeliru dengan fakta mengenai penyandang DUN Pulai Sebatang sebelum ini dan pihak yang bertanding sekarang ini dalam pilihanraya negeri Johor,” kata Taqiuddin ketika dihubungi.

Portal Malaysia Gazette diketahui umum cenderung membuat laporan positif mengenai mantan Perdana Menteri Najib Razak, parti Umno dan Barisan Nasional.

Taqiuddin menang di DUN Pulai Sebatang pada pilihanraya umum ke-14 dengan memperolehi 14,507 undi, dengan majoriti 3,395 undi menewaskan Tee Siew Kiong dari BN (11,112) dan Dr Baharom Mohamad dari PAS dengan 2,975 undi.

Beliau kini bertanding di berdepan Mohamad Nor Lingan (PN) selain bekas Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN) yang juga bekas ADUN Penawar.

Manakala DUN Pulai Sebatang ditandingi bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat mewakili Pakatan Harapan (PH) berdepan Abd Rashid Abd Hadi daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Abdullah Hussin (PN) dan Hasrunizah Hassan daripada BN.

Johorkini

 

Share this post

scroll to top