JOHOR BAHRU, 8 OKT : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Duta Besar Bandar Vatican ke Malaysia, Archbishop Joseph Salvador Marino di Istana Pasir Pelangi, di sini, semalam.
Menurut laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu, Archbishop Marino mempersembahkan surat penghargaan daripada Pope Francis kepada Sultan Johor.
Pada tahun lalu, Baginda Tuanku Sultan berkenan meringankan hukuman gantung kepada hukuman penjara seumur hidup membabitkan tiga beradik warga Mexico atas kesalahan mengedar dadah.
Johorkini