BM | EN | 中文

Politik wang dan ugut musnahkan harapan rakyat – Adun Kota Iskandar

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 MAC: Politik wang dan ugutan yang diamalkan oleh sebahagian ahli politik di Malaysia hari ini akan memusnahkan harapan rakyat, kata Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, usaha untuk mengangkat martabat rakyat perlu ditanam semula sebagai prinsip setiap ahli politik.

“Kena ingat pada prinsip demi memperjuangkan nasib rakyat apatah lagi dalam suasana mereka yang semestinya memerlukan kepimpinan untuk merubah nasib mereka.

Advertisement

“Ketika ini badai kebencian, muak dan sebagainya telah dilontarkan kepada ahli politik yang tidak mencerminkan semangat memperjuangkan nasib rakyat.

“Apa yang rakyat lihat hari ini kepada ahli politik hanyalah melebihkan kepentingan peribadi sahaja, bukan semangat memperjuangkan nasib mereka,” ujarnya dalam kenyataan.

Ditanya mengenai budaya ugutan, tawaran politik serta lompat parti bagi memberikan sokongan kepada kerajaan PN, beliau berkata, integriti dan semangat tidak mahu khianat selama ini membuatkannya terhindar dan masih mengekalkan prinsip politik yang diperjuangkan.

Advertisement

Dzulkefly berkata akan sentiasa memegang kepada janji untuk memperjuangkan nasib rakyat sebagai matlamat di kawasan DUN diwakilinya.

Sebelum ini pihaknya banyak mengadakan program, termasuk perkongsian rezeki melalui bantuan dan sumbangan kepada golongan yang terjejas dan kurang berkemampuan.

Mengulas lanjut hal itu, Dzulkefly tidak menafikan cabaran politik hari ini menduga kesungguhan sebagai seorang pemimpin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top