BM | EN | 中文

Polis trafik laksana penguatkuasaan menyeluruh sempena Tahun Baharu Cina

polis-trafik.jpg

Mohd Nadzri Hussain melihat petunjuk lokasi panas kerap berlaku kemalangan semasa melawat Bilik Mesyuarat JSPT Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pendekatan penguatkuasaan menyeluruh sepanjang Op Selamat 16 sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya percaya pendekatan itu mampu mengurangkan statistik kemalangan jalan raya.

Katanya, selain memberi penekanan terhadap penguatkuasaan menyeluruh, pihaknya turut menekankan aspek perkhidmatan kepada pengguna jalan raya.

Advertisement

“Melalui pendekatan ini, kita dapat lihat pengguna jalan raya mengambil sikap lebih berwaspada dengan mematuhi peraturan jalan raya.

“Kita yakin langkah ini dapat mengurangkan statistik kemalangan kerana punca utama kemalangan adalah kecuaian dan sikap pemandu itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, sepanjang lima hari Op Selamat 16 dilaksanakan bermula 18 Januari lalu, pihaknya telah mengeluarkan sejumlah 125,464 saman.

“60.3 peratus daripada keseluruhan jumlah saman itu melibatkan enam kesalahan utama yang sememangnya diberi penekanan sempena Op Selamat 16 ini.

“Enam kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan menggunakan gajet semasa memandu,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top