BM | EN | 中文

Polis telah rakam keterangan 10 saksi berhubung kematian anggota tentera

Polis-siasat-dakwaan-anggota-tentera-maut-dipercayai-didera.jpg

Gambar Ehsan OhMyMedia

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Polis sudah merakamkan keterangan daripada 10 saksi bagi membantu siasatan kes kematian Allahyarham Prebet Abdul Aziz Aznam akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka terdiri daripada dua pegawai dan tujuh anggota pangkat rendah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta seorang orang awam.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal bedah siasat, tiada unsur jenayah yang dikesan menjadi punca kematian, dan menurutnya polis masih menunggu laporan makmal untuk sebarang maklumat lain yang berkaitan.

Advertisement

“Kita sudah ambil keterangan saksi seorang anggota tentea yang nampak (Allahyarham Abdul Aziz) lari dan lompat terjun ke bawah dari tingkat tiga,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Aziz mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia selepas didapati jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat, pada 28 Ogos lepas.

Abdul Aziz meninggal dunia pada 2.30 petang, 6 Sept ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top