BM | EN | 中文

Polis tahan tiga lelaki cuba lari dari pemeriksaan di Skudai

963015.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja yang cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka yang berumur antara 14 dan 47 tahun menaiki kereta Perodua Viva itu ditahan pada kira-kira pukul 10.40 malam selepas polis mengejar mereka kira-kira 45 minit dari Taman Skudai Baru, di sini.

Menurutnya ia bermula apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara yang sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah meminta mereka memberhentikan kereta, sebaliknya mereka memecut laju.

Advertisement

Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata semasa ditahan, suspek turut bertindak agresif dengan melanggar kereta peronda polis sebagai cubaan melepaskan diri, dan pergelutan turut berlaku.

Katanya pemandu kereta itu didapati adalah bapa saudara kepada dua penumpang dan semakan mendapati seorang daripada mereka merupakan orang dikehendaki polis, manakala saringan air kencing mendapati salah seorang adalah positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berada di luar melebihi masa yang ditetapkan tanpa alasan munasabah.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top