BM | EN | 中文

Polis tahan tiga lelaki bersama dadah bernilai RM125,170

Duit-dadah-Gari-PDRM.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

PORT DICKSON, 27 MAC: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia dan merampas dadah jenis syabu dan ganja bernilai RM125,170, dalam Op Tapis pada Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk SAC Che Zakaria Othman berkata, kesemua suspek berusia 37 hingga 60 tahun itu, ditahan di dua kawasan berasingan jaitu di Kilometer 17 Lebuhraya Seremban-Port Dickson susur masuk ke arah persimpangan Bandar Springhill, dan parkir kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Port Dickson-Seremban dalam operasi dijalankan pasukan bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson.

“Hasil risikan selama sebulan, kita melakukan serbuan pertama ke sebuah kereta jenis Honda City berwarna hitam dipandu seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 60 tahun itu, di KM 17 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, 5.30 petang dan menjumpai dadah jenis syabu seberat 3.47 kilogram dibungkus dalam satu bungkusan.

Advertisement

“Susulan penahanan warga asing berkenaan, pada hari yang sama pihak polis kerudian menahan lori jenis Hino di parkir R&R Lebuhraya Port Dickson-Seremban dipandu seorang pemandu dan kelindan berasal dari Johor masing-masing berusia 37 dan 38 tahun,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, polis merampas ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 4.14 gram (g) dan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 0.61g di lori berkenaan

“Kita percaya ia satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan jalan laut untuk mengedar dadah ke negara jiran,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine

Dua lelaki tempatan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah manakala lelaki warganegara Indonesia berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau tetapi polis sedang meneliti ketulenan dokumen perjalanan yang sah dimilikinya ke negara ini.

Katanya, supek direman bermula semalam sehingga 30 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 12 (2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top