BM | EN | 中文

Polis tahan tiga individu bantu siasatan kekecohan perjumpaan Armada Bersatu

kes-armada.jpg

Mohd Kamarudin (tiga, kiri) mengiringi Mohd Khalil (tiga, kanan) ketika hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB : Polis Johor menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan disebalik provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kejadian yang berlaku di Ulu Tiram, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, tangkapan melibatkan suspek lelaki berusia 30an itu dilakukan pada lewat petang semalam.

Katanya, penahanan itu menjadikan jumlah individu yang telah ditahan adalah seramai tiga orang bagi membantu siasatan kes tersebut.

Advertisement

“Suspek yang ditangkap seramai tiga orang di mana dua ditangkap awal. Manakala suspek ketiga ditahan lewat petang semalam. Semua tangkapan dilakukan di Johor Bahru.

“Kita masih jalankan siasatan dan sedang kenal pasti latar belakang mereka termasuklah dari parti politik mana. Pihak polis juga sedang mendapatkan perintah reman bagi ketiga-tiga individu itu pada hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang dirasmikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, hari ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin meminta orang ramai agar menghormati undang-undang sedia ada dan tidak melepas batasan demi untuk menjaga keharmonian hidup.

“Kenyataan ketua polis negara jelas supaya semua orang hormati undang-undang tidak ada siapapun perlu keluar daripada batas undang-undang.

“Jadi saya minta orang ramai, masyarakat sentiasa hormati dan ikut undang-undang sedia ada tidak melepasi batasan supaya kita boleh hidup aman dan harmoni,” katanya.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top