BM | EN | 中文

Polis tahan remaja berkumpul bagi alasan pulang power bank ketika PKP

Ashmon-e1571634128511.jpg

"Semasa pihak polis membuat rondaan, telah temui sekumpulan remaja sedang leka berbual-bual. Menyedari kehadiran pihak polis, ketiga remaja telah melarikan diri dan bersembunyi" - Ahsmon Bajah

KOTA TINGGI, 27 MAC : Mahu pulangkan power bank, itu antara alasan yang digunakan sekumpulan remaja ketika melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tangkapan dilakukan di Jalan Tanjung, Felda Sungai Sibol, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat OP COVID-19, pada jam 11.45 malam sepasukan Task Force COVID-19 Kota Tinggi diketuai Ketua Polis Balai Bandar Tenggara Inspektor Khairul Anuar Omar dan anggota menjalankan Rondaan Op Covid-19.

“Semasa pihak polis membuat rondaan, telah temui sekumpulan remaja sedang leka berbual-bual. Menyedari kehadiran pihak polis, ketiga remaja telah melarikan diri dan bersembunyi.

“Ketangkasan pihak polis telah berjaya menemui dan seterusnya menahan ketiga remaja tersebut. Soal siasat awal dapati remaja tersebut berada di lokasi kejadian untuk memulangkan ‘power bank’ milik rakan mereka,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Peraturan 7 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)
2020.

Siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menggalang penjawat awam menjalankan tugas dengan tidak mengendahkan pihak polis dan ada yang melarikan diri daripada diperiksa.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top