BM | EN | 中文

POLIS TAHAN LELAKI CEROBOH RUMAH DI SKUDAI

polis-dadah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 SEPT: Seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis, kerana dipercayai menceroboh sebuah rumah di Rini Homes, Taman Mutiara Rini dekat Skudai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daaerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang setelah penduduk komuniti setempat membantu menghubungi pihak polis.

Katanya, pemilik rumah berkenaan menyedari kehadiran suspek menerusi sistem penggera keselamatan rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari.

Advertisement

“Pemilik rumah menerima isyarat amaran dari telefon bimbit menerusi sistem keselamatan yang dipasang di rumah, hasil semakan rakaman mendapati terdapat seorang lelaki telah ceroboh masuk rumahnya.

“Sebuah motosikal jenis Honda Wave turut berada di depan rumah pemilik yang bekerja sebagai Penguatkuasa Farmasi itu. Beliau bertindak menghubungi kawan-kawan komuniti taman perumahannya, bagi membantu menghubungi pihak polis,” katanya menerusi kenyataan, di sini.

Sementara itu, Dzulkhairi berkata siasatan mendapati suspek memasuki rumah terbabit menerusi tingkap bahagian hadapan yang diumpil dan dirosakkan.

Advertisement

“Pemeriksaan di dalam tiga buah bilik di dalam rumah itu juga didapati dalam keadaan berselerak, namun sama ada terdapat barang-barang yang hilang atau tidak, masih tidak dapat dipastikan,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kecing terhadap suspek adalah positif dadah jenis Methamphetamine selain mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah, serta satu kes dikehendaki kerana menceroboh.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, polis merampas sebuah motosikal dipercayai milik suspek, sebatang kayu berukuran 1.15 meter dan dua batang besi tingkap berukuran 75 sentimeter.

Advertisement

Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Sesyen 448 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu video di laman sosial Facebook yang menunjukkan beberapa orang awam dan pihak polis mengejar suspek yang cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan sebaik gagal melompat daripada pagar sebuah rumah.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top