BM | EN | 中文

Polis tahan empat lelaki terlibat aktiviti ‘ah long’ di Batu Pahat

ayob-khan-polis-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 SEPT: Polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen (ah long) dalam dua serbuan di premis sekitar Bukit Pasir dan Taman Banang, Batu Pahat dekat sini, minggu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan pada 6 Sept lepas kira-kira pukul 1.30 tengah hari, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menahan kesemua mereka yang berumur Iingkungan 23 tahun hingga 36 tahun.

Beliau berkata sindiket terbabit yang dipercayai beroperasi sejak 2019, turut melakukan perbuatan khianat serta ugutan jenayah terhadap mangsa dan keluarga mereka yang membuat pinjaman.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati kesemua mereka mengaku terlibat dalam sindiket berkenaan yang menawarkan pinjaman antara SGD300 (RM924) sehingga SGD1,000 (RM3,080) dengan mengenakan bayaran bunga 20 peratus kepada peminjam yang kebanyakannya penduduk tempatan bekerja di Singapura.

“Tiga daripada lelaki berkenaan didapati mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes perjudian, kekerasan selain kegiatan pinjaman wang tanpa lesen; katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut dirampas lima komputer riba pelbagai jenis, 21 telefon bimbit pelbagai jenis, 18 kad mesin juruwang automatik (ATM), tiga buku mengandungi nombor telefon peminjam, enam kertas tertera gambar peminjam, sijil pemilikan kenderaan, 11 kad sim UMobile dan One XOX.

Advertisement

“Selain itu, 45 kad sim Singapura jenama M1, lima bekas kad sim jenama UMobile, lima bekas kad sim Singapura jenama Starhub, 12 bekas kad sim Singapura jenama M1, seutas jam tangan jenama Breitling, enam pendrive, dua modem wifi dan wang tunai RM9,700 turut dirampas; katanya.

Ayob Khan berkata suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama sembilan hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda bagi perbuatan khianat dengan api ke atas kediaman.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Alirta Pemberi Pinjaman Wang 1952 kerana menjalankan kegiatan pemberian pinjaman tanpa lesen yang boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” kata beliau.

Advertisement

Sejak Januari lepas, sebanyak 168 kertas siasatan dibuka oleh JSJ Johor melibatkan pelakuan khianat oleh ah long dengan 123 membabitkan kejadian simbah cat dan selebihnya kes baling born botol (botol berisi minyak) atau koktail Molotov.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top