BM | EN | 中文

Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun pecah rumah sekitar Johor Bahru

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OGOS: Polis menahan empat lelaki dalam empat serbuan berasingan kerana dipercayai terbabit kes pecah rumah dan kedai serta samun di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata mereka yang berumur antara 27 hingga 36 tahun itu masing-masing ditahan Pasukan Petugas Jenayah yang ditubuhkan pihak Bahagian Siasatan Jenayah bagi mengesan individu berkenaan.

“Pasukan polis berjaya menahan tiga lelaki dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Skudai dan Iskandar Puteri selain merampas sejumlah dadah daripada mereka. Kesemua mereka mempunyai rekod kes jenayah Iampau dan dadah;” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Advertisement

Beliau berkata susulan tangkapan itu polls berjaya menangkap seorang lagi lelaki di kawasan perumahan Bandar Selesa Jaya serta merampas pelbagai barangan termasuk sebuah motosikal dan dadah.

Rupiah berkata dengan tertangkapnya keempat-empat individu itu polls berjaya menyelesaikan 11 kejadian pecah rumah dan kedai serta lima kes samun di sekitar Johor Bahru Utara dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top