BM | EN | 中文

Polis tahan dua suspek pecah masuk sarang walit

IMG-20200106-WA0004-e1578279625140.jpg

Antara barang yang dirampas

Advertisement

KLUANG, 6 DIS: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam cubaan pecah masuk bangunan sarang burung walit di Taman Ilham, Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 5 pagi.

“Pengadu membuat pemeriksaan terhadap bangunan sarang burung walit itu pada jam 3 pagi sebelum mendapati dua orang suspek berada di atas bangunan, seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta berhampiran.

Advertisement

“Polis yang hadir ke lokasi terus berusaha menahan suspek sebelum dua suspek ditemui bersembunyi di bahagian bumbung bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd Abduh, sementara itu, seorang lagi suspek yang menunggu di dalam kenderaan meloloskan diri setelah memecut kenderaannya.

“Suspek tersebut hampir melanggar rakan pengadu sehingga menyebabkan terjatuh dan mengalami kecederaan ringan, namun pengadu dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Advertisement

Mohd Abduh turut memberitahu, kedua-dua suspek ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan jenayah pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 Januari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top