BM | EN | 中文

Polis tahan dua lelaki, rampas rokok seludup dekat Kluang

polis-dadah.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 NOV: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai aktif dalam kegiatan penyeludupan rokok dan merampas 8,500 karton rokok seludup serta dua kereta mewah yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM2.5 juta, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tasik Indah, dekat Kluang, Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan oleh sepasukan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) di rumah teres setingkat lot tepi itu dilakukan pada kira-kira 6.30 petang dan ketika ditahan, kedua-dua suspek yang berumur 30 tahun itu berada di dalam rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 8,500 karton rokok seludup jenama Mistro bernilai RM870,000 dan dua kereta jenis BMW dan Mercedes,” katanya menerusi kenyataan semalam

Advertisement

Beliau berkata berdasarkan siasatan kedua-dua mereka dipercayai aktif dalam kegiatan penyeludupan rokok kira-kira tiga atau empat bulan lepas, dan rumah yang disyaki menjadi tempat penyimpanan rokok itu adalah milik salah seorang daripada lelaki berkenaan.

Menurutnya kedua-dua suspek, rokok serta kenderaan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, dan kedua-dua lelaki itu direman sehingga 7 Nov.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top