BM | EN | 中文

Polis siasat video tular berkumpul makan durian di PPV di Johor

PPV-makan-durian-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUL: Polls menjalankan siasatan berhubung dakwaan sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di bandar raya ini seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata laporan polls berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu diterima pada 3.41 petang semalam.

“Kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisement

Beliau berkata pihaknya juga akan menyiasat bagi mengenal pasti individu terlibat sama ada petugas di PPV berkenaan ataupun bukan, dalam video berdurasi 27 saat yang tular itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top