BM | EN | 中文

Polis siasat terperinci insiden Parit Raja

ayob-khan-polis-johor-1.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial, pada Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata, siasatan terperinci berkaitan insiden tersebut masih dijalankan.

“Siasatan masih berjalan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Pada Jumaat, seramai 20 individu telah ditahan polis setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua lelaki yang ditahan merupakan penduduk setempat berumur 16 hingga 28 tahun.

“Berdasarkan semakan, semuanya tiada rekod jenayah dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 17 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Advertisement

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira 2 pagi Khamis di persimpangan Pekan Parit Raja di Kilometer 22.5 Jalan Batu Pahat-Kluang.

“Kumpulan tersebut yang dianggarkan seramai 40 orang telah membuat halangan menggunakan motosikal dan kereta kepada pengguna kenderaan yang melalui jalan berkenaan selama 15 minit bagi menarik perhatian mereka, selain merentang kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ serta membakar suar dan mercun

“Kain rentang yang sama juga telah dibawa dan digantung di jejantas di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Nan sejurus selepas kejadian,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 144, 269 dan 505 (b) Kanun Keseksaan; Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957; Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan juga Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top