BM | EN | 中文

Polis siasat kain rentang kecam ahli politik yang digantung sekitar Johor Bahru

banner-kecam-ahli-politik-johor-bahru-PDRM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OKT: Polis Johor kini sedang menyiasat pihak tertentu yang menggantung kain rentang dengan kata-kata kesat yang digantung di jejantas di tiga lokasi di Johor Bahru hari ini seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai itu yang digantung di jejantas pejalan kaki, di Sungai Chat, Danga Bay dan di hadapan Hotel Crystal Crown di sini pada pukul 7.30 pagi tadi.

“Semakan dilakukan pihak polis di kawasan terbabit mendapati, terdapat tiga ‘banner’ (kain rentang) dengan perkataan yang boleh mengaibkan, dengan niat memecahbelahkan keamanan di negeri ini dan polis kemudian bertindak menurunkan kain rentang berkenaan.

Advertisement

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 kanun keseksaan, kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat memecah keamanan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau keduanya sekali dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya tiada tangkapan dilakukan pihak polis setakat ini namun beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat, agar menghubungi pihak polis di talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top