BM | EN | 中文

Polis siasat insiden kekecohan di program Armada Bersatu Johor, semalam

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 FEB: Polis negeri ini telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat sekumpulan pemuda yang menimbulkan kekecohan pada Program Rapat Umum Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor di Ulu Tiram, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pasukan itu akan menyiasat dan mengenal pasti kesemua suspek terlibat.

“Antara jam 9 hingga 11.30 malam tadi, bertempat di Savannah Hill Resort, sekumpulan pemuda memakai t-shirt hitam dianggarkan seramai 100-150 telah memasuki lokasi berkenaan.

Advertisement

“Kumpulan pemuda itu telah melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan, sebelum keadaan berjaya dikawal polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa sekumpulan pemuda menimbulkan provokasi dalam program yang dihadirinya itu.

Tambah Mohd Kamarudin, pihaknya memberi jaminan bahawa kes itu akan disiasat dengan telus, tegas dan berintegriti tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 153/355/357/506 Kanun Keseksaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top