BM | EN | 中文

Polis siasat dakwaan peserta Black Democracy tukar modus operandi

Polis-siasat-dakwaan-peserta-Black-Democracy-tukar-modus-operandi.jpg

Gambar Ehsan Sinar Harian

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JUL: Polis sedang menyiasat dakwaan peserta perhimpunan Black Democracy menukar modus operandi mereka dengan hanya merakam video dan memakai baju hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan haram itu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu dan siasatan sedang dilakukan.

“Terdapat dakwaan peserta perhimpunan Black Democracy merakam video dan memakai baju hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan haram itu di rumah.

Advertisement

“Jika benar terdapat video seperti dilakukan di rumah peserta di daerah ini, kesalahan itu akan dirujuk Pengarah Siasatan Jenayah Johor, ” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di pekarangan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini semalam.

Terdahulu, beliau dilaporkan Sinar Harian sebagai berkata, tiada sebarang perhimpunan Black Democracy di bandar raya ini sebaliknya keadaan aman dengan kawalan ketat dilakukan polis sejak pagi Rabu.

Katanya, polis menjalankan pemantauan dan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar bandar raya ini bagi memastikan tiada unsur provokasi dan kejadian tidak diingini.

Advertisement

“Operasi bersepadu ini melibatkan 400 pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).

“Keadaan di bandar raya ini terkawal sejak kawalan keselamatan ditingkatkan bermula jam 8 pagi tadi dan tiada kompaun dikeluarkan terhadap mana-mana individu setakat ini.

“Antara lokasi yang dikawal ketat membabitkan Istana Bukit Serene, Istana Besar, Istana Pasir Pelangi dan Bangunan KWSP Negeri Johor,” katanya.

Advertisement

Katanya, polis mengadakan tiga SJR di pintu masuk bandar raya ini dengan kehadiran pegawai dan anggota di sepanjang laluan ke bandaraya dan lokasi strategik.

Pada Isnin tular video berdurasi dua minit 40 saat menyeru orang ramai menyertai operasi Black Democracy, pada Rabu

Menerusi video itu, seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan ‘lockdown’ dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi ‘operasi’ dikenali sebagai Black Democracy.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top