BM | EN | 中文

Polis siasat balai polis pasang Jalur Gemilang terbalik

Polis-siasat-balai-polis-pasang-Jalur-Gemilang-terbalik.jpg
Advertisement

BAGAN SERAI, 21 SEPT: : Polis melancarkan siasatan mengenai Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di Balai Polis Simpang Lima, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada seorang anggota.

“Kita terima laporan daripada ketua polis balai berkenaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Advertisement

Mazuki berkata, insiden itu perlu dijadikan iktibar kepada pegawai dan anggota enam balai dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian supaya tidak cuai ketika melaksanakan tugas.

“Jangan pandang remeh dan ambil mudah perkara-perkara seperti ini, kita kena tengok berkali-kali untuk pastikan bendera yang dipasang itu betul.

“Tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak tidak kira pegawai, anggota polis atau orang awam yang memasang bendera terbalik,” ujarnya.

Advertisement

Terdahulu Astro Awani melaporkan, gambar bendera berkenaan yang dipasang terbalik di balai itu tular di media sosial sejak semalam dan mengundang kritikan banyak pihak.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963.

Sementara itu, Mazuki turut menasihatkan orang ramai supaya berhenti menularkan gambar tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top