BM | EN | 中文

Polis Segamat dan ATM akan pantau rumah, pastikan pematuhan PKPB

Polis-Segamat-dan-ATM-pantau-rumah-pastikan-pematuhan-PKPB.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 22 MEI: Polis Daerah Segamat dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula mengadakan rondaan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjelang Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, semalam lebih 30 rumah di pilih secara rawak di taman perumahan dan kampung untuk diperiksa.

Katanya, anggota rondaan akan membuat pemeriksaan apabila mendapati banyak kenderaan diparkir di hadapan rumah bagi memastikan penghuni mematuhi SOP PKPB.

Advertisement

“Mungkin ada beranggapan polis lebih sibuk menumpukan sekatan jalan raya (SJR).

“Itu tidak betul kerana kita sudah mula meronda bagi mengesan individu yang bolos merentasi sempadan untuk pulang beraya di kampung,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Katanya, mungkin ada juga dalam kalangan individu bolos pulang ke kampung meletakkan kenderaan mereka di tempat lain, namun polis mempunyai cara untuk mengesannya.

Advertisement

Raub turut meminta pemimpin setempat memainkan peranan menjadi mata dan telinga membantu pihak berkuasa melaksanakan pematuhan PKPB di musim perayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, sebelum ini berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top