BM | EN | 中文

Polis rampas rokok seludup sekitar Johor Bahru, kenderaan bernilai RM6.66 juta termasuk cukai

Ayob-Khan-KP-Johor.jpg

Datuk Ayob Khan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OKT: Polis merampas sebanyak 41,800 karton rokok seludup pelbagai jenama dan dua lori yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM6.66 juta termasuk duti rokok sekitar Johor Bahru, petang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan pada pukul 3 petang dan 5.40 petang oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM Wilayah Dua) dua lelaki tempatan berusia 45 dan 48 tahun yang merupakan pemandu lori ditahan.

Mereka masing-masing akan direman selama tiga dan enam hari mulai hari ini, kata Ayob Khan.

Advertisement

“Kita percaya rokok-rokok seludup ini untuk pasaran dalam dan luar Johor. Ini rampasan terbesar tahun ini,” kata beliau kepada pemberita di Markas PPM Wilayah Dua, di sini, hari ini.

Turut hadir Komander PPM Wilayah Dua ACP Muhd Zailani Abdullah.

Ketika ditanya mengenai modus operandi, beliau berkata pihaknya percaya bekalan rokok tidak lagi disimpan dalam gudang atau stor bagi mengelakkan daripada dihidu pihak berkuasa.

Advertisement

Sebaliknya, sindiket yang terlibat dipercayai menyeludup rokok dari negara jiran dan transit di perairan antarabangsa sebelum dipindahkan ke bot-bot kecil dan akan dihantar terus ke lokasi yang dikehendaki menggunakan lori.

Ayob Khan berkata pihaknya turut mengenal pasti perairan Pantai Timur yang digunakan oleh sindiket berkenaan untuk membawa masuk rokok seludup itu.

“Fokus kita (selepas ini) bukan sahaja kepada sindiket terlibat tetapi juga premis yang menjual rokok seludup ini.

Advertisement

Kita akan menggempur (premis-premis) ini mengikut daerah dalam masa terdekat ini,” kata beliau.

Menurut Ayob Khan, Polis Kontinjen Johor juga ada mencadangkan ke Putrajaya agar kes penyeludupan rokok boleh disiasat di bawah jenayah terancang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Kita dah cadangkan agar kesalahan penyeludupan kontraban di bawah Sosma dan jenayah terancang. Jadi kalau diluluskan, kita akan lebih mudah ambil tindakan ke atas sindiket

Advertisement

“Kita dah kenal pasti dalang utama tapi susah nak kaitkan dengan kesalahan mereka buat masa ini,” kata beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(E) Akta Kastam 1967.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top