BM | EN | 中文

Polis rampas mercun untuk dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina

IMG-20200116-WA0009.jpg

Mercun yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor bersebelahan rumah di Kampung Lukut Cina, malam tadi.

KOTA TINGGI, 16 JAN : Polis berjaya merampas mercun untuk dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina dalam serbuan di sebuah stor bersebelahan rumah di Kampung Lukut Cina, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Semasa serbuan tersebut, pihak polis telah menangkap seorang lelaki berumur 35 tahun serta merampas beberapa buah kotak berisi pelbagai jenis mercun.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut bertindak sebagai penjaga stor dan mercun adalah untuk dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina.

“Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai dua rekod lampau iaitu dibawah Sek 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Ujian saringan air kencing yang dijalankan dapati suspek bebas dari penyalahgunaan dadah,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957(Akta 207) jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk permohonan tahanan reman seperti mana yang diperuntukkan di bawah Sek 117 Kanun Prosedur Jenayah,”katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top