POLIS PUNYA HAK MENGUNDI DALAM SISTEM DEMOKRASI
Muhyiddin

POLIS PUNYA HAK MENGUNDI DALAM SISTEM DEMOKRASI

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 8 NOV: Anggota polis juga mempunyai hak untuk mengundi mana-mana parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai seperti masyarakat umum lain.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu juga merupakan tanggungjawab mereka di dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Anggota polis sama seperti individu lain, mereka berhak menjadi pengundi kalau mereka sudah berdaftar.

“Kita mengamalkan demokrasi, terpulang pada pilihan masing-masing,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Balai Polis Pekan Nanas, di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Bersatu turut mengajak pengundi luar khususnya generasi muda untuk pulang mengundi pada 16 November ini.

“Sekiranya pengundi luar tidak pulang, itu merupakan satu kerugian pada kita kerana jumlahnya mencecah ribuan orang. Antara mereka bekerja di Singapura, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

“Rugi kalau mereka tidak mengundi kerana itu hak mereka, walaupun mereka bekerja di luar tetapi ini kampung mereka, penting untuk mereka pulang mengundi,” katanya lagi.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )