BM | EN | 中文

POLIS PENGIRING TERIMA HADIAH ANAK KUCING DARI PERMAISURI JOHOR

tzs-kucing-rpo.jpg
Advertisement

Gambar Ehsan Royal Press Office

JOHOR BAHRU, 4 OKT: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghadiahkan seekor anak kucing kepada seorang anggota pengiringnya.

Menurut kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi keluarga diraja Johor, pemberian itu berikutan daripada kehilangan kucing peliharaan seorang anggota pengiringnya, Koperal Nilam Syafina Abdul Sukor.

Advertisement

Memahami kesedihan yang dialami pengiringnya, Raja Zarith Sofiah berkenan menghadiahkan seekor anak kucing kepada Koperal Nilam Syafina semalam di Istana Bukit Serene, di sini.

Baginda bertitah pemberian anak kucing itu bukan sahaja dapat mengubati kesedihan Koperal Nilam Syafina, malah sebagai penghargaan kepada anggota polis itu yang berkhidmat lebih sepuluh tahun bersama keluarga diraja Johor.

“Dia begitu sedih atas kematian kucingnya itu, jadi saya memberi anak kucing ini sebagai penghargaan atas jasanya mengiringi dan menjaga Tunku Tun Aminah dan saya sendiri sepanjang 10 tahun yang lalu,” titah Raja Zarith Sofiah kepada Royal Press Office.

Advertisement

Menurut kiriman itu lagi, Koperal Nilam Syafina amat tersentuh dengan pengurniaan tersebut.

“Lion (kucing) pergi pada hari sebelum saya mengiringi Tuanku Permaisuri berangkat ke London bulan lalu akibat demam panas.

“Tuanku begitu baik kepada kami semua dan patik sentiasa mendoakan yang terbaik buat Tuanku sekeluarga.

Advertisement

“Junjung Kasih Tuanku” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top