BM | EN | 中文

Polis patahkan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM806,305

polis.jpg

Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan antara barangan yang dirampas pihaknya dalam lapan serbuan di Kempas dan sekitar Batu Pahat, Selasa lalu

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN: Polis negeri ini berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu dengan tertangkapnya tujuh suspek termasuk tiga wanita.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua suspek ditahan menerusi lapan serbuan di Kempas, di sini dan sekitar Batu Pahat.

Katanya, operasi tersebut dibuat bermula jam 8 malam, Selasa lalu hingga 1.30 petang, keesokkan harinya.

Advertisement

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 27,696 gram heroin; 5,753 gram syabu; 1,515 gram ketamin; 1,800 biji pil eramin 5; 870 biji pil ecstasy dan 170 biji pil yaba bernilai RM806,305.

“Turut dirampas sepucuk pistol, satu kelopak peluru dan 13 butir peluru hidup, lima buah kenderaan pelbagai jenama, barangan kemas serta wang tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Mohd Kamarudin, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 48 tahun dan dua daripada suspek wanita merupakan warganegara Vietnam.

“Ketiga-tiga suspek wanita yang ditahan merupakan pasangan kepada tiga suspek lelaki terlibat.

“Siasatan awal dibuat turut mendapati tiga daripada suspek lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah dan jenayah keganasan,” katanya.

Advertisement

Kesemua suspek direman selama lima hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top