BM | EN | 中文

Polis nafi tular lelaki mati akibat Corona Virus Novel di Kompleks Sultan Abu Bakar

Dzulkhairy-01-scaled.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 JAN : Polis menasihatkan orang awam agar berhati-hati dalam menyebarkan berita yang belum dipastikan kebenarannya susulan tular dakwaan seorang warganegara China mati akibat Corona Virus Novel dalam bas di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihak polis menafikan berita itu dan telah membuat siasatan terhadap individu yang telah menyebarkan berita palsu ini.

Katanya, polis menyiasat individu berkenaan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu barang siapa dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam boleh dihukum penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Advertisement

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati si mati seorang lelaki Cina telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan doktor mengesahkan warganegara Singapura berumur 78 itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Pada 25 Januari kira-kira jam 7.05 pagi pihak polis IPD Iskandar Puteri telah terima panggilan telefon daripada seorang lelaki bertugas sebagai pegawai imigresen kompleks tersebut memaklumkan berkenaan lelaki berkenaan tidak sedarkan diri di dalam bas pelancong yang berhenti di hadapan kaunter Imigresen untuk pemeriksaan passport.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati si mati bersama isterinya perempuanCina warganegara Singapura berumur 68 tahun menaiki bas pelancongsedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highland untuk melancong.

Advertisement

“Semasa bas berhenti di pusat pemeriksaan passport Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Gelang Patah tiba-tiba si mati mengadu sakit dada dan berasa kurang selesa kepada isteri si mati,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pemandu bas seorang lelaki Cina warganegara Singapura telah memaklumkan kejadian imigresen dan seterusnya pegawai imigresen memaklumkan kepada pihak polis.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati si mati juga mempunyai rekod perubatan sakit jantung dan rawatan dijalankan di Singapura.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top