BM | EN | 中文

Polis nafi ‘kelewatan’ siasatan kes penahanan Adun Dengkil

khalil.jpg

Mohd Khalil ketika memeriksa barisan ketika hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB : Polis menafikan berlaku ‘kelewatan’ berhubung siasatan kes Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah bersama 16 individu lain yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah unit kondominium dekat Jalan Puchong, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya masih menunggu keputusan daripada jabatan patologi berhubung sampel air kencing yang diperoleh dari tangkapan itu.

Katanya, polis terpaksa bergantung kepada laporan patalogi dan tidak ada isu kelewatan kerana polis masih mengikut prosedur normal yang biasa dilakukan.

Advertisement

“Orang kata benda ini lewat tapi tidak, ini adalah prosedur normal. Dalam kes-kes lain sama prosedur dilakukan. Itu sebab orang yang urin positif awal, dia boleh berada di luar jarak sampai tiga bulan.

“Pihak patologi juga banyak kerja bukan hal ini sahaja dilakukan. Saya tidak boleh ulas lanjut. Tunggu laporan baru kita boleh beri keputusan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditanya mengenai status adun berkenaan pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, pertuduhan di mahkamah juga tidak boleh dijalankan hanya berdasarkan keputusan saringan awal.

“Yang sebenarnya dia (Adhif) positif saringan awal tetapi kita tidak boleh tuduh orang berdasarkan saringan awal.

“Ini kerana ujian saringan awal itu untuk pastikan seseorang positif atau tidak. Tetapi ujian yang tepat dan sah ikut undang-undang mesti datang dari pihak patalogi.

Advertisement

“Saya tidak boleh jawab berapa lama masa diambil sebab ia dari jabatan lain,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top