BM | EN | 中文

Polis musnah iklan poster pinjaman wang tanpa lesen

IMG-20200110-WA0016.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN : Sebanyak 18 keping poster atau banner iklan pemberi pinjaman wang tanpa lesen Ah Long telah diturun dan dimusnahkan sempena Ops Vulture di kawasan pentadbiran Balai Polis Skudai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, operasi pada jam 2.30 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara diketuai Inspektor Ammar Tumiran.

“IPD Johor Bahru Utara sentiasa memandang serius kewujudan poster atau banner pinjaman wang tanpa lesen ini.

Advertisement

“Ianya bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah kewujudan poster atau banner ini mencacatkan pemandangan di sekitar kawasan kediaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya juga memohon kerjasama daripada penduduk agar melaporkan kepada pihak berkuasa jika terjumpa atau terserempak dengan individu mahupun kumpulan yang melakukan aktiviti menggantung dan menampal poster berkaitan pinjaman wang tanpa lesen ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top