BM | EN | 中文

Polis mohon kerjasama orang ramai kesan lima saksi penting perbicaraan

MAHKAMAH-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan lima orang saksi merupakan saksi terpenting dalam satu kes yang disiasat di bawah seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kerjasama orang ramai diperlukan untuk mengesan saksi bagi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Jenayah (2) Johor Bahru pada 13 Januari 2020.

Katanya, saksi pertama, S Thiaga Rajan, 35 alamat terakhir di nombor 02-02, Rumah Pangsa Serantau Baru Larkin.

Advertisement

“Saksi kedua, S Sivanathan, 31 alamat terakhir di nombor 34 Jalan Kebun Teh, saksi ketiga M Kaliamah, 53 alamat terakhir nombor 1904 Kondominium Larkin Utama.

“Saksi keempat A D Samani, 30 alamat terakhir nombor 272 Jalan Anggerik 4/11 Bandar Amanjaya Sungai Petani, Kedah.

“Manakala saksi kelima K Tamiselvan, 58 alamat terakhir nombor 1904 Kondominium Larkin Utama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Tambahnya, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali penama-penama berikut diminta menghubungi ASP Muhammad Afdhal Mat Saupi dari Pegawai Penyiasat Kanan IPD Johor Bahru Selatan di talian 013-7711152 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top