BM | EN | 中文

Polis mohon bantuan kesan orang hilang

hilang-1-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Polis hari ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang perempuan Melayu berusia 21 yang dipercayai hilang.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) dalam satu kenyataan memberitahu, individu yang hilang dikenali sebagai Nuraslinda Zam.

Menurut kenyataan itu, alamat terakhir Nuraslinda ialah di Kampung Laut, Batu 10, Skudai di sini.

Advertisement

Nuraslinda dilaporkan hilang sejak 32 Januari lalu. Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan boleh terus ke IPD JBU atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top