BM | EN | 中文

Polis lepaskan pendaftar SELangkah di SJR ke lokasi saringan

SELANGKAH-langkah-masuk-dengan-selamat.jpg
Advertisement

KLANG, 2 JUN: Peserta Saringan Komuniti mendapat kebenaran membuat saringan selepas menunjukkan pendaftaran aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kepada pihak berkuasa.

Pengaturcara komputer berkata dia pada mulanya bimbang untuk membuat saringan kerana dikhuatiri melanggar tatacara operasi piawai (SOP) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh mulai semalam.

Mohammad Hafiz Alwi Ismail

“Saya bersama isteri dan anak untuk memastikan kami benar-benar sihat. Ia atas kehendak sendiri.

Advertisement

“Sebelum datang saya tanya polis, jika ditahan di sekatan jalan raya (SJR) tunjuk SELangkah akan dibenarkan bergerak,” kata Mohammad Hafiz Alwi Ismail, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Sukan Klang di sini semalam.

Sementara itu pekerja restoran makanan segera, K Rubenthiran memaklumkan membuat saringan berikutan bertemu dengan pelbagai pelanggan dan mengelak sesuatu tidak diingini berlaku pada dirinya.

Advertisement

K Rubenthiran

“Walaupun tempat saya bekerja tidak mempunyai kes Covid-19, namun langkah awal dengan mengetahui tahap kesihatan sendiri perlu diambil kerana terdapat cawangan lain yang dilapor sudah mempunyai kes,” katanya.

Pekerja swasta, Usharanjenny mengakui teruja dengan perkhidmatan diberikan di mana walaupun percuma ia seperti berbayar dengan peserta tidak perlu menunggu lama serta ruang menunggu disediakan pendingin hawa.

“Saya pernah buat saringan di tempat lain dan berbanding sebelum ini di sini sangat bagus. Ada pilihan sama ada berada di dalam dewan atau secara pandu lalu,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top