BM | EN | 中文

Polis Kota Tinggi tumpaskan kegiatan pengedaran dadah, miliki senjata api dan rokok tidak bercukai

polis-kota-tinggi.jpg

Barangan yang dirampas dalam serbuan itu

Advertisement

KOTA TINGGI, 3 JAN : Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah, miliki senjata api dan rokok tidak bercukai dalam serbuan di sebuah bengkel kenderaan tidak bernombor tepi Jalan Bunga Cempaka, Felda Pasak, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, serbuan dilakukan pada jam 5.15 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi.

Katanya, susulan itu polis telah membuat tangkapan terhadap seorang suspek lelaki berumur 57 tahun di premis tersebut.

Advertisement

“Semasa serbuan tersebut pihak polis turut membuat rampasan 289 karton pelbagai jenis rokok tanpa cukai kastam, satu laras senapang angin buatan sendiri, beberapa paket plastik mengandungi dadah disyaki jenis Heroin dan Eramin 5 serta satu alat penimbang digital.

“Hasil siasatan awal mendapati bengkel kenderaan adalah milik suspek dan kesemua barang rampasan juga milik suspek. Suspek juga mengaku rokok yang dirampas adalah untuk dijual kepada penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai enam rekod lampau iaitu dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

Advertisement

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan dapati saspek positif dadah jenis Morfin.

“Tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Suspek turut disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 39B hukuman gantung sampai mati serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000,” katanya lagi.

Advertisement

Jelasnya, permohonan tahanan reman akan dibacakan di hadapan Majistret Mahkamah Kota Tinggi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top