BM | EN | 中文

Polis Kluang siasat punca kematian bayi lapan bulan

polis.jpg
Advertisement

KLUANG, 19 APR: Polis menyiasat kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, ini termasuk mencari punca kematian sama bayi terbabit maut akibat didera atau sebab lain.

“Saksi yang terbabit sudah dipanggil dan diambil keterangan. Kami menunggu laporan perubatan, laporan bedah siasat dan ujian perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya, lapor BH Online.

Advertisement

Terdahulu, bapa angkat bayi berkenaan Mohd Nizam Jamaludin, 33, curiga dan mahu polis menyiasat dengan terperinci punca kematian bayi angkatnya.

Beliau berkata, polis menerima maklumat dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini pada 23 Mac lalu memaklumkan menerima pesakit, bayi berusia lapan bulan disyaki didera.

“Ini berdasarkan kesan lebam pada bahagian dahi, pipi kanan, pipi kanan dan lengan kanan.

Advertisement

“Pada jam 10 pagi, 29 Mac lalu semasa bayi berkenaan dirawat di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan serta mendapati punca kematian dalam siasatan bedah siasat,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top