BM | EN | 中文

Polis kesan lelaki Rohingya saksi perbicaraan

myanmar-01-scaled.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 4 FEB : Polis Kota Tinggi sedang mengesan seorang lelaki Myanmar berbangsa Rohingya bagi membantu perbicaraan kes yang sedang berlangsung di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Shobiullah Guramia, 24 dengan nombor pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)nya adalah 471-16C00559.

“Polis sedang giat mengesan penama tersebut merupakan saksi bagi membantu perbicaraan kes berkaitan Seksyen 182 Kanun Keseksaan bersabit Kota Tinggi Repot : 7856/2017.

Advertisement

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan penama ini boleh hubungi Inspektor Mohamad Zulkharnain Abdul di talian 017-6747467.

“Atau hubungi talian 07-8831222 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi atau mana-mana balai polis,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top