BM | EN | 中文

Polis kesan lelaki dipercayai boleh membantu siasatan kes dadah

koon-chien-01-scaled.jpg

PASIR GUDANG, 14 FEB : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu dalam siasatan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, siasatan berkenaan berkaitan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, lelaki berkenaan dikenali dengan nama Ding Koon Chien nombor kad pengenalan 951202-08-5027 dan alamat terakhir adalah di nombor 323, Simpang Dua, 32000 Setiawan, Perak.

Sekiranya ada sebarang maklumat, orang ramai boleh berhubung dengan ASP Khairul Fazly K Mohamed di talian 016-6667243 atau berhubung dengan balai polis berdekatan.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top