BM | EN | 中文

Polis kesan ‘Haziq Fahami’ sebar maklumat palsu koronavirus di Forest City

maklumat-palsu-01-scaled.jpg

Maklumat palsu yang disebarkan oleh Haziq Fahami

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB : Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook bernama ‘Haziq Fahami’ untuk siasatan dan tindakan susulan maklumat palsu dan penularan di media sosial berkaitan novel koronavirus.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, satu laporan polis telah dibuat semalam berkaitan penularan maklumat palsu tentang penyebaran koronavirus di Forest City dilakukan pemilik akaun Facebook tersebut.

Katanya, susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis Johor dan disiasat dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan barang siapa membuat, menerbitkan, ataupun mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

“Di mana hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Advertisement

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, polis Johor menegaskan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan aplikasi media sosial untuk memuat naik ataupun menularkan sebarang posting atau komen palsu yang akan mengugat ketenteraman awam.

Jelasnya, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang melakukan perkara sedemikian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top