BM | EN | 中文

Polis kesan aktiviti penyamaran sebagai Ketua Polis Johor untuk tujuan penipuan

ketua-polis-johor-ayob-khan.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Polis mengesan aktiviti penyamaran sebagai Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bagi tujuan jenayah penipuan.

Ayob Khan berkata, aktiviti itu dikesan pihaknya semenjak kebelakangan ini dengan menggunakan beberapa nombor telefon.

Katanya, nombor telefon yang dikesan melakukan aktiviti penipuan itu adalah 016.4818565 dan 010-8368223.

Advertisement

“Adalah diingatkan kepada semua masyarakat dan orang awam, supaya jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, orang ramai boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Johor di talian 07-2254047 atau pegawai khasnya di talian 013-9058124.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top