BM | EN | 中文

Polis kenalpasti ‘lorong tikus’ jadi tumpuan penyeludup di sempadan

polis.jpg
Advertisement

JITRA, 7 APR: Polis mengenal pasti laluan tikus di kawasan sempadan negara terutama di negeri ini yang dijangka menjadi tumpuan penyeludup menjalankan kegiatan mereka pada bulan Ramadan ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata memandangkan pintu sempadan masih ditutup, pihaknya percaya aktiviti penyeludupan akan meningkat di laluan berkenaan sekali gus perlu diberikan tumpuan bagi mengesan aktiviti menyalahi undang-undang.

“Lorong tikus kebiasaannya digunakan sindiket membawa masuk dan barangan lari dari cukai dan menyalahi undang-undang contohnya penyeludupan senjata api, bayi, dadah dan kemasukan warga asing.

Advertisement

“Sempadan sentiasa kita pantau sama ada bulan puasa atau tidak, penugasan kami berjalan, pelbagai usaha kita laksanakan antara polis dengan lain-lain agensi yang bertugas di sempadan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kubang Pasu di sini semalam.

Beliau berkata tanggungjawab mengawal sempadan negara itu turut dilakukan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia dan agensi pengkuatkuasaan lain.

Pada majlis itu, Komander Unit Pencegah Penyeludupan Sempadan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perlis Supt Rodzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu yang baharu menggantikan ACP Mohd Ismail Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Johor.

Advertisement

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi berkata beliau akan menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin bagi menjamin keselamatan awam terus terpelihara di daerah tersebut.

“Saya akan menyesuaikan diri kerana sebelum ini saya bertugas sebagai polis marin selama 26 tahun di Sabah, Melaka, Langkawi, Pahang dan Perlis, bertugas di laut dan darat adalah tidak sama dan cabarannya juga lain, tapi itu bukan halangan dan saya akan melaksanakan tugas sebaik mungkin,” katanya.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top