BM | EN | 中文

Polis kenal pasti pemandu lawan di lebuhtaya Senai-Desaru

Polis-kenal-pasti-pemandu-lawan-di-lebuhtaya-Senai-Desaru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 NOV: Polis telah mengenal pasti pemandu kereta jenis Perodua Bezza yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru Jumaat lepas, dan telah mengarahkan individu terbabit untuk hadir memberikan keterangan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pemilik kereta ini berjaya dikesan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada kira-kira pukul 7 petang Sabtu lalu selepas video kejadian itu menjadi tular di media sosial.

‘Kita telah arahkan individu terbabit hadir memberi keterangan di IPD Seri Alam untuk membantu siasatan: katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Advertisement

Beliau berkata rakaman video yang menunjukkan kereta Perodua Bezza berwama coklat dipandu secara melawan arus itu tular sejak semalam dan kejadian didapati berlaku pada 11.45 malam, 29 Okt lepas.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top