BM | EN | 中文

Polis kenal pasti dalang penyeludupan migran, akan ambil tindakan tegas

DSC_7347-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 APRIL: Polis negeri ini telah mengenalpasti beberapa dalang yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan migran dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan bersekongkol dengan penyeludupan manusia adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Katanya, dalang terlibat akan ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma) atau undang-undang lain sedia ada.

Advertisement

“Polis kontinjen Johor telah mengenalpasti beberapa dalang yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran dan akan mengambil tindakan dalam masa terdekat.

“Saya beri amaran keras kepada semua sama ada polis, Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia agar jangan bersekongkol,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan, di sini hari ini.

Advertisement

Sementara itu, Rabu lalu, polis negeri ini berjaya menahan tujuh suspek iaitu dua tekong warganegara tempatan dan lima migran warga Indonesia yang dipercayai mahu memasuki negara ini secara haram.

“Pada jam 3 pagi 8 April lalu, dua tekong laut warga tempatan berusia 32 dan 45 tahun termasuk lima migran berusia antara 24 hingga 41 tahun ditahan.

“Mereka ditahan ketika cuba memasuki negara ini di pantai Tanjung Pengelih, Kota Tinggi,” ujarnya sambil memberitahu kesemua migran itu membayar antara RM800 hingga RM1500 setiap seorang untuk memasuki negara ini.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top