BM | EN | 中文

Polis jumpa senjata api di Tampoi: 19 individu ditahan termasuk warga asing

Datuk-Seri-Acryl-Sani-Abdullah-Sani.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Polis menahan 19 individu termasuk warga asing dari Indonesia dan Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan senjata api di Tampoi, Johor awal tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata senjata itu ditemui pada 1 dan 2 Jan lepas, namun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai jenis dan jumlah senjata api yang ditemui.

Beliau berkata siasatan sedang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Advertisement

“Adakah ia (senjata) digunakan untuk tujuan menyalahi undang-undang atau ia bertujuan untuk dilupuskan? Kami masih menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Sejarah Penubuhan Briged Tengah dan Batalion 4,5,6 dan 19 PGA di Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini.

Ditanya sama ada penemuan senjata api itu mempunyai motif serangan terhadap negara, Acryl Sani berkata pihaknya tidak mengesan elemen berkenaan, beliau berkata”, “setakat ini, penemuan senjata api di Tampoi tidak nampak ke arah itu (serang negara)”.

Sementara itu merujuk kepada isu penyeludupan kartel daging, Acryl berkata polis sedang mengumpul keterangan saksi untuk dirujuk kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan susulan.

Advertisement

Beliau berkata polis menerima banyak laporan berhubung isu itu dan telah membuka siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan mendatangkan kegusaran terhadap orang ramai.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media baru-baru ini melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top