BM | EN | 中文

Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah dalam alat pemadam api

Polis-Johor-lumpuhkan-sindiket-edar-dadah-dalam-alat-pemadam-api.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MEI: Satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik menyeludup dadah ke negara jiran melalui alai pemadam api diubah suai yang diletakkan dalam Iori membawa ais, tumpas susulan penahanan sembilan individu dalam serbuan berasingan sekitar bandar raya ini, petang kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata operasi yang dijalankan daripada pukul 1.20 tengah hari hingga 2.00 petang itu melibatkan tangkapan tujuh lelaki warga tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia, berusia 26 hingga 40 tahun.

Turut dirampas pelbagai jenis dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta lapan kenderaan, wang tunai dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan berjumlah sekitar RM400,176.

Advertisement

“Modus operandi kegiatan sindiket ini adalah dengan menyeludup dadah ke negara jiran dan dipercayai mereka telah beroperasi kira-kira tiga bulan,” kata Ayob Khan dalam satu kenyataan semalam.

Operasi itu yang melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor, dijalankan di atas perkongsian maklumat Central Narcotics Bureau of Singapore.

Ayob Khan berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati seorang suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine selain tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Advertisement

Kesemua mereka kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top