BM | EN | 中文

Polis Johor tumpaskan dua sindiket dadah libatkan nilai RM3.16 juta

Polis-Johor-tumpaskan-dua-sindiket-dadah-libatkan-nilai-RM3.16-juta.jpg

Gambar Ehsan FB Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 APR: Polis Johor berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah berikutan penahanan seramai 16 individu sepanjang minggu ini selain merampas pelbagai dadah bernilai RM3.16 juta.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kes pertama membabitkan penahanan 10 ahli sindiket pengedaran dadah ‘Ah Chuan’ termasuk ketua mereka yang aktif sejak setahun lalu.

Penahanan suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 51 tahun itu dilakukan menerusi enam serbuan di daerah ini bermula 20 April sehingga semalam.

Advertisement

Ia susulan hasil soal siasat terhadap seorang individu yang ditahan yang kemudian membawa kepada pembongkaran sebuah stor pemprosesan serbuk ekstasi bersama sejumlah dadah dan peralatan memproses.

“Rampasan dadah pertama melibatkan sebanyak 49.3 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 2.1kg syabu, 450.5 gram (g) heroin, 3.8g ganja, 110g magic mushroom, 12.11g ketamin, 10 biji pil erimin 5 dan lima biji pil ekstasi.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top