BM | EN | 中文

Polis Johor tumpas kegiatan pengedaran dadah untuk pusat hiburan

IMG-20200105-WA0009.jpg

Mohd Kamarudin menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JAN : Polis Johor berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang aktif di pusat hiburan dalam dua serbuan berbeza Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalam serbuan pertama di sebuah pangsapuri di Masai telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis ecstacy, serbuk ecstacy, ketamin, pil erimin 5 dan rokok ganja.

Advertisement

“Rampasan melibatkan 5,570 biji pil ecstacy, 286.8 gram serbuk ecatacy, 1,346.10 gram ketamin, 600 biji pil erimin 5, 200 batang rokok ganja melibatkan nilai keseluruhan dadah dirampas RM265, 360.

“Manakala, harta disita sebuah kereta BMW 525i sport E60, tiga bentuk cincin warna kekuningan, wang tunai RM2,000, wang tunai Singapura $200 dollar melibatkan nilai keseluruhan RM75,400,”katanya kepada wartawam dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, dalam serbuan kedua jam 9 malam, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di kawasan Taman Pelangi, Johor Bahru.

Advertisement

Katanya, polis merampas 250 biji pil erimin 5, 65.17 gram serbuk ecstacy, 68.20 gram kokain, 14.40 gram ketamin, 36 biji pil ecstacy dan 59.09 gram ganja dalam serbuan itu.

“Nilai keseluruhan dadah dirampas RM22,600. Polis turut menyita sebuah kereta Honda Accord, dua utas jam tangan jenama Blansacar, wang tunai RM3,000 dengan nilai keseluruhan harta dirampas RM132,000,”katanya lagi.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang bergiat aktif melakukan aktiviti itu sejak empat bulan itu direman selama lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top