BM | EN | 中文

POLIS JOHOR: TERIMA EMPAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG TULAR TENTANG KEMANGKATAN SULTAN JOHOR

sultan-1-e1574674170695.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV : Dakwaan yang tular di laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tentang kemangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah tidak benar.

Tular tentang kemangkatan Sultan Johor

Sebaliknya, Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail telah memuatnaik gambar baginda bersama Sultan Johor di laman Facebook rasminya, HRH Crown of Johor, semalam, sekaligus menafikan spekulasi itu.

Tunku Mahkota Ismail dilihat merakamkan gambar sambil tersenyum, manakala Sultan Ibrahim pula sedang memandang telefon bimbitnya.

Advertisement

Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Kamarudin Md Din mengesahkan menerima empat laporan polis berhubung kes tersebut.

Katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita bekerjasama dengan Bukit Aman dan tidak akan ada kompromi untuk memastikan pelakunya dibawa ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Piala Bola Jaring di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai Besar, di sini, hari ini.

Advertisement

Justeru, beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin itu.

“Saya harap orang ramai bertenang dan tidak membangkitkan kekacauan dengan isu yang sensitif ini,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top